Minggu, 06 Juni 2010

Ingat Mati

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam
sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia.
Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata :

"Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah
untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan
sebab pada saat ini aku beristirahat daripada
seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula
bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang
memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam
keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan
air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila
terlepasnya roh dari tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :
"Demi
Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau
menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka
dengan keluarnya roh". Setelah dimandi 
dan
dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun
memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan
diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana
ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri
atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat
melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi
Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan
isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu
menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan
janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada
hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak
akan dapat kembali kepada mereka buat
selama-lamanya". Sesudah mayat diletakkan pada
pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah
supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur
selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak
saudara buat kali terakhir.
Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah
dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku,
wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu
diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan
janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia
melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa
yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan
sedikitpun mereka tidak mahu menanggung
kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku,
padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan
mereka juga tidak mahu mendoakan aku".

Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi
beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat
itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing.
Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda
memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi
Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan
yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya
mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab:
"Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur
adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan
teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang
tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".

>> Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah
>> pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak
>> jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam
>> mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu,
>> anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah
>> akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya
>> tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi
>> bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini
>> jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih
>> terang daripada matahari.
>>
>> Baginda Rasullullah S.A.W berkata: Apabila telah
>> sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu
>> kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam
>> badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui
>> kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut.
>> Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang
>> lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke
>> perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi
>> satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik
>> rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan
>> kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang
>> lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh
>> dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah
>> yang dikatakan saat nazak orang itu."
>>
>> Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: "Kalau orang yang
>> nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail
>> A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan
>> sehingga orang yang nazak itu dapat melihat
>> kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman
>> itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang
>> yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana
>> sangat rindunya pada syurga dan melihat terus
>> pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. "Kalau orang
>> yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan
>> menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang
>> nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan
>> dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di
>> sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya
>> apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat
>> tinggalnya.
>>
>> Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T.
>> menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka
>> datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut
>> hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut
>> maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu
>> dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut
>> rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini
>> sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah
>> S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan
>> itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan
>> menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang
>> mukmin itu.
>>
>> Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai
>> malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain."
>> Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah
>> S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh
>> orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah
>> sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah
>> usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan
>> ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu
>> untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan
>> ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap
>> kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu
>> pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk
>> mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka
>> malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya
>> malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki
>> berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana
>> kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan
>> solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan
>> enghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal
>> malaikat maut,mencabut roh orang
>> mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula
>> dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut
>> menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak
>> ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini
>> sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir
>> sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari
>> arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata
>> maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah
>> ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf
>> dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis
>> kerana takutkan Allah."
>>
>> Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada
>> Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang
>> bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak
>> tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman
>> itu." Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka
>> malaikat maut menghampiri roh orang itu dan
>> menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat
>> Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka
>> keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan
>> tenang.
>>
>> Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh
>> pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu
>> Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-
>>
>> 1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga
>> Adnin.
>> 2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
>> 3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga
>> Illiyyina.
>> 4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di
>> syurga mengikut kehendak mereka.
>> 5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di
>> udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari
>> kiamat.
>> 6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di
>> gunung dari minyak misik.
>> 7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka
>> Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga
>> sampai hari Kiamat."
>>
>> Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok
>> manusia yang akan dijabat tangannya oleh para
>> malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
>>
>> 1. Orang-orang yang mati syahid.
>> 2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
>> 3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan kita bersama.
Kalau rajin. Tolong sebarkan kisah ini kepada
saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah
salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang
mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

HITUNG SENDIRI ZAKAT ANDA